Tahun-tahun kemudian Nellie_Bly

Pada tahun 1894, Nellie Bly berkahwin dengan Robert Seaman, pengilang jutawan. Suaminya yang berumur 72 tahun ketika itu adalah empat puluh empat tahun lebih tua daripadanya. Beliau bersara sebagai wartawan dan selepas kematian suaminya pada tahun 1904, mengurus syarikat-syarikatnya. Buat satu tempoh, beliau merupakan salah satu usahawan wanita yang utama di Amerika Syarikat, tetapi pengurusannya yang buruk memaksanya menjadi muflis. Terpaksa menjadi wartawan semula, beliau melitupi peristiwa-peristiwa seperti konvensyen suffrage wanita pada tahun 1913, serta cerita-cerita mengenai Barisan Depan Timur di Eropah semasa Perang Dunia I.

Pada tahun 1916, Nellie diberikan seorang bayi lelaki yang ibu bayi itu meminta Nellie menjaga dan menyediakan untuk dijadikan anak angkat. Bayi itu yang dilahirkan di luar nikah amat sukar mendapat ibu bapa angkat kerana berketurunan separuh orang Jepun. Oleh itu, bayi itu menghabiskan enam tahun yang berikut di rumah yatim yang dikendalikan oleh Gereja Semua Negara di Manhattan.

Ketika Nellie sakit pada akhir hayatnya, beliau meminta Beatrice Brown, anak saudaranya, supaya menjadi budak lelaki itu serta beberapa bayi lain yang diminatinya. Minatnya terhadap rumah-rumah yatim mungkin merupakan sebahagian usahanya yang berterusan untuk memperbaik pertubuhan-pertubuhan sosial pada zamannya.

Ketika berumur 57 tahun, Elizabeth "Pink" Cochrane meninggal dunia selepas menghidapi pneumonia.

Taman Hiburan Nellie Bly di Brooklyn, Bandaraya New York, dinamakan sempena namanya dan bertema Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari. Taman ini kini ditutup dan akan dibuka semula di bawah pengurusan baru.